Showing posts with label AGM. Show all posts
Showing posts with label AGM. Show all posts

Saturday, March 7, 2009

PERAK INTERANATIONAL CHESS ASSOCIATION (PICA) TOURNAMENT AND AGM

Sebagai anak jati Perak,tentunya saya akan byk promo ttg perak,jadi hari ni saya nak promo kepada sapa2 yang tak kenal PICA, akronim kepada Persatuan Catur Antarabangsa Perak.
Pada 15 Mac 2009, akan diadakan AGM dan Pertandingan Catur PICA, butiran adalah seperti berikut;
Tempat : Dewan YMCA, Jalan Raja Muda Aziz, Ipoh, Perak
Masa : 9.00 pagi (AGM),10.00 pagi (pertandingan)

Pertandingan akan dijalankan selepas AGM tamat, sebanyak 7 pusingan dengan time control - 40 minit sepusingan.
Diharap sesiapa yang berminat bleh join,pendaftaran sebelum 13 Mac 2009.

Sumber GilaChess

Friday, February 27, 2009

AGM UMT Chess Club 08/09

Pada 10 Januari 2009 bersamaan hari Sabtu, kelab Catur telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) buat kali ke-2, ini menunjukkan kelab ini semakin matang dalam usaha menjadi sebuah kelab yang bergiat aktif dan mempopularkan sukan ini sebagai sukan minda yang amat bermanfaat kepada semua mahasiswa. AGM telah diadakan di Medan Syarahan Timur(MST), Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bermula jam 12 tengahari sehingga 3.00 petang, dihadiri oleh semua ahli lama dan baru. AGM ini dirasmikan oleh penasihat kelab, Prof Madya Dr Mohd Pouzi Bin Hamzah, dan berikut adalah beberapa gambar sepanjang AGM.





Hasnul Safwan Bin Hassan dengan rasminya telah meletakkan jawatan sebagai presiden kelab catur bagi sesi 07/08 dan digantikan oleh jawatankuasa yang baru, berikut adalah nama-nama majlis tertinggi kelab catur sesi 08/09 yang akan menerajui kepimpinan kelab dan membawa halatuju kelab dalam mencapai objektifnya;

Presiden
Khairul Azli Bin Samsudin

Timbalan Presiden
Pearl Kwan Penz Penz

Setiausaha
Nor Ariziana Binti Aris

Timbalan Setiausaha
Nurain Hazrin Binti Haron

Bendahari
Shuhaibah Binti Jusof

AJK
Abdul Halim Bin Sulaiman
Mohd Atiq Bin Elias
Muhammad Hafizi Bin Abd Rahman
Nurhayati Binti Othman
Aslah Binti Mohd Taib

Saturday, October 25, 2008

AGM UMT Chess Club 07/08







Foto ketika AGM kelab catur yang pertama pada Julai 2008. Permulaan kepada tertubuhnya kelab catur ketika ini. Diharap ia akan dapat diteruskan oleh generasi UMT yang akan datang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails